Alhamdulillah setelah sekian lama menyimpan hasrat yang satu ini akhirnya tercapai jua ..itu pun setelah bersusah payah mencari cara dan jalan ... terima kasih Allah kerana memberi aku peluang mengeksploitasi pemikiran dan idea melalui medium yang sangat aku minati sejak dulu lagi ... bidang penulisan. Sejujurnya aku memang tidak pernah mendapat pendedahan secara formal dalam bidang ini hanya bersandarkan minat semata-mata ... ya hanya minat.
Semasa kecil bila ditimpa masalah aku suka meluahkan ketidakpuasan hati, kepedihan dan kesedihan melalui tulisan ... aku akan membacanya berulang kali hingga terasa lega dan reda apa yang ditanggung .. itulah caraku .. Kini, masa sudah beredar. Kesedihan tetap ada namun aku tidak mampu mencoretnya kerana kengkangan waktu .. kesibukan membuatkan aku menelan saja segala masalah dan akhirnya pasrah di hadapan Allah pada setiap sujud malamku...
Jika ada kelapangan masa aku akan fokus pada kerja yang satu ni ... berhari-hari pun tak mengapa. Menulis membuatkan aku kenyang, lega dan puas. Aku akan menulis apa saja yang terlintas di fikiran. Biasanya berkisar pengalaman sendiri atau pengalaman orang lain yang aku temui. Namun realitinya, tulisan-tulisan itu hanya untuk simpananku saja dan ianya tidak pernah sampai pun ke mana-mana meja editor.
Semoga dengan lahirnya blogku ini dapat menyuburkan kembali minatku yang kian layu dan mati. Nanti akan kuceritakan pengalaman-pengalamanku yang manis, masam, pahit dan berbagai lagi untuk dikongsi bersama. SEKIAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan